Monday 29 August 2011

Malam Raya....

Assalammualaikum semua..

Pertama saya mahu mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..
Harap anda semua dapat maafkan segala dosa-dosa saya yang saya telah buat.. Seperti silap kata apabila saya bertulis di blog ini..

Sudah tamat ia kami berpuasa..Masa berlalu dengan cepat ia... Pejam-kelip sudah pun sebulan kami berpuasa..

Hari ini, memang sungguh penat tapi memuaskan... Rumah saya sudah pun bersinar-sinar.... Saya telah menghiasi rumah saya dengan pelbagai benda ... Sudah tentu keluarga saya akan sentiasa tolong untuk menghias rumah kami...

Kami sekeluarga sangat penat .... Ibu saya sibuk memasak.. Bapa saya pula sibuk menghantar lauk pauk... Abang saya pula sibuk memasang langsir... Saya pula sibuk menghiasi rumah... Itu lah keistimewaan keluarga saya pada hari terakhir bulan ramadhan... Kami sekeluarga bergotong royong untuk menghabiskan benda-benda yang diharus buat... Tanpa salah satu ahli keluarga saya, saya rasa kami tidak akan menghabiskan kerja-kerja kami... Inilah kebaikkan keluarga saya .... Walaupun kadang kala saya adik beradik asyik selalu dimarahi oleh ibu bapa kerana buat silap apabila menghiasi rumah, kami sentiasa bersabar walaupun pahit .... Saya tahu mereka buat semua itu kerana mereka sayang pada kami semua dan mereka mahu yang terbaik....

Pada malam raya , apabila saya mendengar takbir raya, saya menangis... Saya tidak sangka saya telah dapat menghadapi cabaran dan dugaan yang diberi oleh tuhan... 

Sudah tentu ia , pada malam raya memang kami sibuk memberi juadah istimewa kepada jiran tetangga dan saudara mara ... Di atas meja makan sudah tentu ada pelbagai masakan-masakan yang sangat lazat seperti ketupat dan rendang....

Rumah saya pun sudah siap.. Lampu kelap-kelip relah menyinari rumah ku...  Siaran di television sangat terhibur.... Itulah yang saya suka apabila malam raya kerana ada saluran yang istimewa seperti concert hari raya yang selalu ada apabila tiba malam raya pada setiap tahun..


Itu sahaja lah saya ada untuk anda semua...
Harap anda semua terhibur pada post saya ini..

Kawan saya suka bermakan,
Nama nya pula Siti Maya,
Saya mahu mengucapkan ,
Selamat Hari Raya.....

Harap anda semua maafkan segala dosa-dosa saya...
Insyaallah anda semua akan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T....

Amin....

Sunday 28 August 2011

Lagu-lagu raya...

Assalammualaikum kepada seluruh umat islam di sana...


Selamat, Selamat hari raya..
Salam ucapan untuk semua..
Ampun dan maaf kita bersama..
Selamat hari raya...

Itulah lagu raya yang saya sedang mendengari di radio...
Sekarang saya sedang mendengar lagu-lagu raya di radio...
Banyak ia lagu-lagu yang telah dimainkan di radio..
Semua lagu-lagu sungguh sedap di dengari..


Sekarang saya mengongsikan tentang lagu-lagu hari raya...


Lagu pertama ini adalah lagu kegemaran keluarga saya..
Kami semua suka dengan lagu ini kerana lagu ini dapat saya dan keluarga saya merasakan suasana hari raya...

Tajuk lagu ini ialah Selamat Berhari Raya..
Penyanyi lagu ini ialah Elly Mazlein..

Inilah lagu nya... Harap anda semua terhibur..

Selamat berhari raya


Lagu kedua pula adalah lagu kegemaran adik saya...
Lagu ini sangat comel dan ia dibentuk lagu kanak-kanak...

Tajuk lagu ini ialah Selamat Hari Raya.
Penyanyi pula Indra Shahrir..

Anda semua tahu tak lagu ini??

Kalau tidak tahu.. Sila mendengari lagu nya... Harap anda suka..

Selamat hari raya


Lagu yang terakhir ialah lagu yang baru sahaja keluar di kaca televisyion..
Saya amat suka lagu ini kerana ia menunjukkan bahawa hari raya adalah hari untuk bergembira sesama keluarga atau pun kawan-kawan..
Dimana kami berada , di situ lah kami akan merayakan hari yang mulia dengan gembira..
Walaupun kami tidak dapat menjumpai orang yang tersayang di kampung, kami tetap akan merayakan hari yang mulia dengan gembira. Kami hanya mengirimkan doa kepada nya... Insyaallah doa itu akan dikabulkan oleh yang Maha Kuasa iaitu Allah S.W.T/
Amin...

Tajuk lagu ini ialah RAIKAN AIDILFITRI.
Lagu ini tlah dinyanyikan oleh ramai penyanyi...
Penyanyi nya ialah Sleeq, Fauzi Laily, Zizan Raja Lawak dan Daly...


Harap anda terhibur..

Raikan Aidilfitri

Itu saja lah untuk hari ini..

Harap anda semua suka dengan post ini...

Salam sayang Nurulain Izzati...

Hiasan-hiasan hari raya

Assalammualaikum semua..

Lagi satu hari ia bulan ramadhan akan meninggalkan seluruh umat islam di dunia.. Tiba lah pula bulan syawal..
Anda semua sudah buat ketupat?? Sudah menghiasi rumah??

Saya di sini masih separuh jalan menghiasi rumah. Sungguh penat ... Ada banyak benda yang kami harus menghias... Seperti ....

Memasangkan langsir.


langsir, langsir rumah, jenis kain langsir, langsir ruang tamu




Menukar cadar-cadar katil dan bantal.















Memasangkan lampu kelap kelip...
















Menghiasi rumah dengan hiasan-hiasan yang menarik seperti ketupat...













Menampalkan kad raya...




























Meletakkan karpet di ruang tamu, bilik dan lain-lain..











Menghiasi rumah dengan meletakkan bunga...





Menghidangkan pelbagai kuih muih..















Itulah sedikit tentang benda-benda dan cara-cara menghiasi rumah saya apabila hendak tiba pada bulan yang mulia ini iaitu bulan syawal..

Harap anda semua terhibur..
Selamat menghiasi rumah anda....

Sekian terima kasih..

Salam sayang NURULAIN IZZATI...




















Tudung

Assalammualaikum semua..
Hari ini saya akan mengongsikan tentang tudung.


Sekarang ada pelbagai cara untuk memakai tudung.
Ada tudung yang empat segi.
Ada tudung yang memanjang(shawl).
Ada pula tudung yang sedia dijahit... Tudung yang sedia dijahit hanya menyarongkan di kepala. Senang sekali ia tudung-tudung sekarang.

Ramai wanita muslim sekarang suka memakai tudung dengan citarasa sendiri.

Sekarang saya akan menunjukkan pelbagai tudung yang dipakai dengan citarasa sendiri.

Tudung empat segi:










Tudung yang sedia dijahit:










Tudung memanjang:





Sekarang saya akan menunjukkan anda cara untuk memakai tudung yang memanjang(shawl)...


Cara memakai shawl

Cara memakai shawl (2)


Harap anda semua terhibur...

Sekian terima kasih...

Fesyen raya

Kawan saya bernama Lisa,
Adiknya pula bernama Risa,
Sudah 27 hari kami berpuasa,
Tidak lama lagi bulan syawal pun tiba.

Assalammualikum semua...

Minggu lepas saya telah mengongsikan tentang kuih kegemaran saya.
Hari ini pula saya akan mengongsikan awak semua tentang fesyen raya...

Tahun ini saya ada lima baju raya.
Tiga baju raya, emak saya beli dan dua baju lagi kami menghantar untuk dijahit.
Saya ada tiga baju kurung dan dua lagi baju kebaya.

Setiap tahun apabila syawal tiba, semua umat islam akan membeli pelbagai baju kurung untuk beraya .
Ada pelbagai baju kurung di dunia ini.

Salah satunya ialah baju kebaya, baju songket dan banyak-banyak lagi.
Musim sekarang ada pelbagai baju kebaya. Ada yang dipanggili baju kebaya modern.

Inilah gambar-ganbar baju kebaya  dan baju-baju yang selalu dipakai apabila tiba bulan yang mulia ini.

.







                              





Harap anda semua terhibur....

Sekian terima kasih....



Wednesday 24 August 2011

Kuih kegemaran saya

Assalammualikum semua..
Kembali lagi di blog saya...

Hari ini saya akan mengongsikan tentang kuih muih yang selalu saya buat pada bulan yang mulia ini iaitu bulan ramadhan.

Awak semua tahu tak apa kuih yang saya amat gemari???

Selalunya bentuk kuih itu seperti bunga . Selalunya orang tidak suka makan intinya yang terletak di bahagian tengah kuih itu atau di dalam kuih itu..

Awak semua tahu tak apa kuih itu??

Jawapannya ialah kuah tart..

Inilah gambar kuih tart..

      
See full size image






Ini lah salah satu kuih muih yang saya dan keluarga saya wajib buat apabila bulan ramadhan ... Kalau tidak ada kuih ini, rasanya seperti tidak ada raya... Kuih ini memang amat popular dalam golongan orang melayu.

Saya juga akan mengongsikan cara-cara untuk membuat kuih tart.

Kuih Tart

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung


Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5.pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
9. Sapukan dengan kuning telurt
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
 
Saya juga akan meletakkan sebuah video tentang cara membuat kuih tart..
Sampai sinilah... Harap awak semua terhibur.... SEkian terima kasih....


Inilah video-video cara untuk membuat kuih tart..

Cara membuat Kuih tart (1)
Cara membuat kuih tart (2)

Wednesday 17 August 2011

Sempena pada bulan puasa

Assalammualikum semua..

Pertama sekali, saya mahu mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di luar sana. Saya harap kamu di luar sana sihat walafiat pada bulan yang mulia ini. Hari ini saya akan mengongsikan tentang cara kehidupan saya dengan keluarga saya pada bulan ramadhan ini.

Seperti biasa, bulan ramadhan ini adalah bulan yang selalunya umat islam berkumpul di rumah saudara mara untuk berbuka puasa. Ini lah salah satu aktiviti yang keluarga saya selalu buat apabila tiba pada bulan ramadhan. Kami sekeluarga akan berkumpul di salah satu rumah saudara saya , dan kami akan berbuka puasa bersama-sama. Selalunya di atas meja makan , akan selalu dipenuhi dengan makanan-makanan yang enak-enak belaka. Memang tidak sah kalau tidak ada makanan di atas meja makan . Salah satu makanan yang kami akan selalu ada adalah bubur masjid. Setiap orang di dalam keluarga saya akan mengambil bubur masjid di masjid yang berdekatan.

Selepas berbuka puasa , kami sekeluarga akan bersolat maghrib berjemaah. Selepas itu pula kami akan pergi ke masjid atau pun solat terawih di rumah.

Selalunya pada bulan ramadhan , saya akan meluang kan masa dengan memasuki kelas-kelas di masjid. Saya akan mempelajari tentang bulan ramadhan dan Al-Quran.

Inilah routin saya apabila tiba nya bulan ramadhan ini.
Saya harap anda akan terus menyaksikan "post-post" saya yang akan datang.

Sekian assalammualaikum dan terima kasih.
Selamat Berpuasa semua...

Sunday 24 July 2011

Lagu yang telah mengubah segala kehidupan ku

Assalammualaikum semua..


Hari ini saya akan berkongsi sebuah lagu yang telah mengubah saya untuk menjadi seorang murid , seorang rakan , seorang cucu , seorang adik , seorang kakak ,seorang anak dan seorang muslim yang lebih baik dan beriman. Lagu ini telah membuka pintu hati saya untuk sentiasa mengingati Tuhan kerana Dia lah segalanya. Dia yang memberi kami kekuatan , memberi kami apa yang kami mahu. Dia lah yang menentukan kebahagiaan kami. Hanya Dia yang kami bersujud. Dia akan sentiasa terima sesiapa pun kami. Walaupun kami ini cacat, tidak sempurna , hodoh , cantik , dia tetap akan menerima kami. Dia akan sentiasa memberi kebaikkan untuk kami. Dia lah tempat kami meminta. Dia lah tuhan yang kami bersujud.


 Pintu taubat sentiasa TERBUKA kepada semua muslimin dan muslimah di seluruh dunia..


Tajuk lagu ini ialah PADAMUKU BERSUJUD.
Penyanyi lagu ini ialah Afgan.

Harap anda suka dengan lagu ini...
http://www.youtube.com/watch?v=WDqT2mvvZA4&feature=related

Sekian terima kasih...

Tuesday 19 July 2011

Lagu ciptaan kami

Assalammualaikum semua. Hari ini saya akan berkongsi tentang lagu yang telah saya dan rakan-rakan saya ubah suai.. Harap anda suka..

Oh addikku sayang

Oh addikku sayang kenapa menangis
Nanti jawab adik gigiku sakit
Tolong jangan nangis , nanti kakak bawa
adik pergi doktor , janganlah bimbang.

Oh adikku sayang , gigi sudah pulih
Nanti balik rumah , bolehlah main.
Nanti sampai rumah jangan banyak makan
makanan yang manis , rosak gigi pula.

Tuesday 12 July 2011

Tentang Saya

Assalammualikum semua.

Nama saya Nurulain Izzati. Saya belajar di Sekolah Menengah Beatty. Saya murid menengah dua. Apabila masa lapang saya suka mandengar lagu sambil membaca buku cerpen. Subjek yang saya paling suka adalah bahasa melayu. Bahasa melayu senang untuk memahami dari subjek-subjek yang lain. Sebenarnya saya tidak suka membuat benda-benda seperti ini. Saya terpaksa buat kerana ini salah satu daripada kerja sekolah saya. Di sini sahaja saya akan menulis. Harap anda akan membaca "post-post" saya yang akan datang.

Terima kasih semua.