Sunday 28 August 2011

Lagu-lagu raya...

Assalammualaikum kepada seluruh umat islam di sana...


Selamat, Selamat hari raya..
Salam ucapan untuk semua..
Ampun dan maaf kita bersama..
Selamat hari raya...

Itulah lagu raya yang saya sedang mendengari di radio...
Sekarang saya sedang mendengar lagu-lagu raya di radio...
Banyak ia lagu-lagu yang telah dimainkan di radio..
Semua lagu-lagu sungguh sedap di dengari..


Sekarang saya mengongsikan tentang lagu-lagu hari raya...


Lagu pertama ini adalah lagu kegemaran keluarga saya..
Kami semua suka dengan lagu ini kerana lagu ini dapat saya dan keluarga saya merasakan suasana hari raya...

Tajuk lagu ini ialah Selamat Berhari Raya..
Penyanyi lagu ini ialah Elly Mazlein..

Inilah lagu nya... Harap anda semua terhibur..

Selamat berhari raya


Lagu kedua pula adalah lagu kegemaran adik saya...
Lagu ini sangat comel dan ia dibentuk lagu kanak-kanak...

Tajuk lagu ini ialah Selamat Hari Raya.
Penyanyi pula Indra Shahrir..

Anda semua tahu tak lagu ini??

Kalau tidak tahu.. Sila mendengari lagu nya... Harap anda suka..

Selamat hari raya


Lagu yang terakhir ialah lagu yang baru sahaja keluar di kaca televisyion..
Saya amat suka lagu ini kerana ia menunjukkan bahawa hari raya adalah hari untuk bergembira sesama keluarga atau pun kawan-kawan..
Dimana kami berada , di situ lah kami akan merayakan hari yang mulia dengan gembira..
Walaupun kami tidak dapat menjumpai orang yang tersayang di kampung, kami tetap akan merayakan hari yang mulia dengan gembira. Kami hanya mengirimkan doa kepada nya... Insyaallah doa itu akan dikabulkan oleh yang Maha Kuasa iaitu Allah S.W.T/
Amin...

Tajuk lagu ini ialah RAIKAN AIDILFITRI.
Lagu ini tlah dinyanyikan oleh ramai penyanyi...
Penyanyi nya ialah Sleeq, Fauzi Laily, Zizan Raja Lawak dan Daly...


Harap anda terhibur..

Raikan Aidilfitri

Itu saja lah untuk hari ini..

Harap anda semua suka dengan post ini...

Salam sayang Nurulain Izzati...

No comments:

Post a Comment