Monday 19 March 2012

Pintu Hati

Assalammualikum semua.. Jumpa lagi di "blog" saya ini.. :) :) Inilah kali terakhir saya akan menongsikan cerpen saya ini.. Kali ini pula bertajuk Pintu Hati.

Ini mengisahkan seorang ayah tunggal yang bertinggal dengan anak bongsunya. Dia adalah seorang ustaz.  Isterinya telah terlebih dahulu pulang ke pangkuan-Nya. Nama anak bongsunya ialah Nurdin. Dia seorang anak yang memang susah hendak mendengar nasihat .Nurdin memang susah untuk mendengar nasihat ayahnya apatah lagi tentang agama. Nurdin sering melanggar ajaran islam. Ayahnya tersebut selalu berdoa kepada Tuhan supaya bukakanlah pintu hatinya . Ustaz tersebut malu terhadap Tuhan ,malu terhadap semua yang mengikuti pelajarannya dan juga malu terhadap diri sendirinya kerana tidak dapat dan gagal mendidik zuriatnya sendiri. Tiba-tiba Nurdin keluar dari rumahnya katanya die berhak untuk memilih hidupnya sendiri.. Ayahnya sangat terkejut apabila anaknya kata seperti itu.Sejak Nurdin pergi, ustaz kerap tidak pergi ku surau. Dia sangat merindui anaknya itu.Ustaz berdoa sebanyak-banyak kepada Tuhan supaya bukakanlah pintu hatinya.Pada suatu hari apabila Ustaz sedang khusyuk melantunkan ayat-ayat suci, kedengaran seseorang membiri salam. Nurdin berdiri di hadapan nya Akhirnya dia pulang ke rumah tetapi kakinya cacat kerana kemalangan . Dia sudah berubah. Alhamdullilah doa-doa ustaz telah terkabul .

Pemasalahan : Nurdin tidak mahu mendengar nasihat ayahnya. Dia sangat degil hingga dia keluar dari rumah.

Penyelesaian : Nurdin pulang dengan kakinya cacat kerana dia telah menimpa sebuah kemalangan . Sebab kemalangan tersebut, dia telah berubah untuk menjadi muslim yang soleh.]

Pendapat : Pada pendapat saya setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya. Kita haruslah bersabar untuk mengalami semua cabaran dan dugaan yang menimpa hidup kami. Tuhan hanya mahu menguji kami supaya menjadi seorang muslim yang soleh dan soleha.. Amin..

Itulah sahajalah pada hari ini.. Harap anda semua suka dengan "blog" saya ini.. Harap bertemu di "blog-blog" saya yang akan datang.. :) :) :)

Hati Perempuan

Assalammualaikum semua.. :) :) Kembali lagi dengan saya.. Kali ini saya akan mengongsikan sebuah lagi cerpen yang lain. Tajuknya ialah Hati perempuan yang ditulis di buku Hati Perempuan. Harap anda terhibur. :):):)

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Mazni. Dia seorang ibu yang sangat kuat dalam emosinya. Dia dapat mengawal emosinya dengan tenang. Dia ada sifat yang sangat baik iaitu sifat bersabar. Kamal , suami Mazni , adalah seorang suami yang tidak bertanggungjawab atas keluarganya . Dia lupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan sebagai seorang bapa. Dia seharusnya menjadi tulang belakang keluarganya tetapi dia telah buktikan bahawa dia tidak layak menjadi seorang suami dan seorang bapa yang sempurna dan yang baik. Kamal ingin berkahwin lagi. Dia telah mengambil keputusan untuk berkahwin sekali kagi.Sebenarnya Mazni tidak setuju kerana dia takut dan malu dengan anak-anaknya kerana takut mereka akan mengikut jejak langkah buruk ayahnya. Kamal telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anaknya yang sedang remaja dan meningkat dewasa. Budak remaja ini mudah terpengaruh .Mazni tidak suka anak-anaknya mengikut seperti ayahnya. Dia mahu anaknya menjadi seorang yang berjaya dan seorang muslim yang soleh. Tetapi lambat laun juga , Mazni harus memberi keputusan kepada Kamal. Mazni telah mengambil keputusan untuk bersetuju dengan cadangan Kamal untuk berkahwin lagi satu. Mazni rela menjaga anaknya bersendirian dan bermadu daripada melihat suaminya hanyut dalam kemurkaan Allah.Mazni berdoa bahawa Kamal akan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab sesudah menjadi suami kepada dua orang. Tiba-tiba Mazni terganggu dengan sebuah panggilan . Panggilan itu ialah untuk memberitahu bahawa Kamal telah menimpa kemalangan. Inilah merupakan sebahagian daripada pertolongan Allah agar Kamal cepatlah bertaubat.

Permasalahan : Ia bermula apabila Kamal ingin berkahwin sekali lagi. Mazni tidak setuju kerana anaknya-anaknya boleh terpengaruh dengan perangai ayahnya.

Penyeselaian : Masalah ini diselesaikan dengan Mazni terpaksa la berundur dan setuju dengan cadangan suaminya, Kamal, untuk berkahwin lagi satu. Kemalangan yang ditimpa oleh Kamal adalah untuk memberitahu Kamal supaya banyaklah bertaubat.

Pendapat: Pada pendapat saya cerpen ini sangat baik. Ia memberitahu berapa sakitnya dan pedihnya seorang wanita mengalami masalah seperti ini . Ia juga memberitahu berapa kuatnya emosi seorang wanita itu. Pada pendapat saya juga para lelaki (terutama lelaki yang sudah digelar suami) juga haruslah sedar bahawa meraka adalah tulang belakang keluarganya..

Itu sahajalah saya ada untuk anda semua.. Jumpa lagi !!! :):):)

Nenek

Salam sejahtera semua .. Hari ini saya akan borkongsi dengan anda salah satu cerpen yang saya amat gemari di dalam buku cerpen Hati Perempuan. Tajuknya ialah Nenek.Saya juga akan mengongsikan tentang permasalahan dan pendapat. Harap anda terhibur.. :) :) :)

Cerita ini mengisahkan tentang seorang warga emas yang tinggal dengan sebuah keluarga . Keluarga yang mempunyai seorang ibu dan dua orang adik beradik, Salbiah dan Sariah . Mereke bukanlah dari keluarga yang kaya. Nenek hanya seorang warga emas yang menumpang di keluarga tersebut. Nenek dibayar upah oleh tuan rumah tersebut kerana menolong menjaga makan minum keluraganya dan buat kerja rumah sama seperti orang gaji. Walaupun nenek tidak ada apa-apa kaitan dengan keluarga tersebut, keluarga itu tetap melayan nenek seperti salah satu ahli anggota keluarga mereka..Mereka memberi nenek penuh kasih sayang. Kedua-dua adik beradik tersebut sangat menyayangi nenek . Mereka menganggap nenek seperti nenek mereka sendiri. Pada mereka nenek merupakan segalanya. Neneklah tempat mereka bermanja dan mencurah masalah. Ibu (tuan rumah) tersebut juga melayan nenek sama seperti anak melayan emak.
Nenek seorang yang tidak pemalas. Dia sangat rajin. Dia pantang nampak sesuatu yang berselerak. Apabila dia nampak sesuatu yang berselerak, dia akan mengemasnya secepat mungkin. Walaupun nenek sudah tua , dia tetap buat kerjanya bersungguh-sungguh.
Pada suatu pagi, nenek keseorangan di rumah. Ketiga-tiga ahli keluarga tersebut semua keluar bekerja. Nenek hendak memberi air kepada tanam-tanaman kerana kesemuanya telah kering. Dia membuka air paip dan tidak menyedari bahawa dia membuka paip air terlalu kuat. Dia bergegas untuk mengecilkan air tersebut dan tidak meyedari bahawa simen dipijaknya basah ,berlumut dan licin.. Nenek tergelincir.  Ibu sangat marah. Sejak kejadian itu , nenek terlantar selama tiga bulan. Kedua adik beradik bergilir menjaga nenek. Nenek mula sedar bahawa dia menyusahkan semua orang. Akhirnya nenek membuat keputusan untuk pergi. Tiba-tiba mereka mendapat panggilan bahawa nenek menimpa kemalangan.

Permasalahan: Permasalahan timbul apabila nenek tergelincir. Dia tidak mampu membuat apa-apa. Sebab itu dia ambil keputusan untuk keluar dari rumah.

Pendapat: Pada pendapat saya cerita ini sangat saya gemari. Ia kerana menunjukkan berapa "sensitive" hati seorang warga emas(nenek) .

Itu sahajalah saya ada untuk anda semua. Assalammualaikum.. :) :) :)

Thursday 23 February 2012

Buku Cerpen

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua di sana.. :)

Akhirnya , saya dapat sambung untuk meletakkan sebuah tajuk di "blog" ini. Kali ini saya dapat tugasan yang baru dari cikgu melayu saya pula. Cikgu menyuruh membaca buku cerpen pula.. :(

Saya telah memilih buku cerpen yang bertajuk "Hati Perempuan". Penulis buku cerpen ini ialah Saadiah Ibrahim .

Buku cerpen ini menceritakan tentang pelbagai wanita.. Semuanya tentang hati perempuan.. Ia menceritakan tentang masalah yang menimpa hidup mereka dan bagaimana cara mereka menyelesaikannya .Ada yang akhir dengan penuh kegembiraan dan ada juga akhir dengan penuh kesedihan... :) :(

Kalau anda berminat untuk membaca buku cerpen ini, sila mencari di perpustakaan berhampiran rumah anda.. Buku cerpen ini kelihatan seperti ini..





Itu sahajalah saya ada untuk anda semua. Harap anda semua terhibur.. Jumpa lagi di "blog" saya pada masa yang lain. :) :) :)