Sunday, 24 July 2011

Lagu yang telah mengubah segala kehidupan ku

Assalammualaikum semua..


Hari ini saya akan berkongsi sebuah lagu yang telah mengubah saya untuk menjadi seorang murid , seorang rakan , seorang cucu , seorang adik , seorang kakak ,seorang anak dan seorang muslim yang lebih baik dan beriman. Lagu ini telah membuka pintu hati saya untuk sentiasa mengingati Tuhan kerana Dia lah segalanya. Dia yang memberi kami kekuatan , memberi kami apa yang kami mahu. Dia lah yang menentukan kebahagiaan kami. Hanya Dia yang kami bersujud. Dia akan sentiasa terima sesiapa pun kami. Walaupun kami ini cacat, tidak sempurna , hodoh , cantik , dia tetap akan menerima kami. Dia akan sentiasa memberi kebaikkan untuk kami. Dia lah tempat kami meminta. Dia lah tuhan yang kami bersujud.


 Pintu taubat sentiasa TERBUKA kepada semua muslimin dan muslimah di seluruh dunia..


Tajuk lagu ini ialah PADAMUKU BERSUJUD.
Penyanyi lagu ini ialah Afgan.

Harap anda suka dengan lagu ini...
http://www.youtube.com/watch?v=WDqT2mvvZA4&feature=related

Sekian terima kasih...

Tuesday, 19 July 2011

Lagu ciptaan kami

Assalammualaikum semua. Hari ini saya akan berkongsi tentang lagu yang telah saya dan rakan-rakan saya ubah suai.. Harap anda suka..

Oh addikku sayang

Oh addikku sayang kenapa menangis
Nanti jawab adik gigiku sakit
Tolong jangan nangis , nanti kakak bawa
adik pergi doktor , janganlah bimbang.

Oh adikku sayang , gigi sudah pulih
Nanti balik rumah , bolehlah main.
Nanti sampai rumah jangan banyak makan
makanan yang manis , rosak gigi pula.

Tuesday, 12 July 2011

Tentang Saya

Assalammualikum semua.

Nama saya Nurulain Izzati. Saya belajar di Sekolah Menengah Beatty. Saya murid menengah dua. Apabila masa lapang saya suka mandengar lagu sambil membaca buku cerpen. Subjek yang saya paling suka adalah bahasa melayu. Bahasa melayu senang untuk memahami dari subjek-subjek yang lain. Sebenarnya saya tidak suka membuat benda-benda seperti ini. Saya terpaksa buat kerana ini salah satu daripada kerja sekolah saya. Di sini sahaja saya akan menulis. Harap anda akan membaca "post-post" saya yang akan datang.

Terima kasih semua.