Monday, 19 March 2012

Nenek

Salam sejahtera semua .. Hari ini saya akan borkongsi dengan anda salah satu cerpen yang saya amat gemari di dalam buku cerpen Hati Perempuan. Tajuknya ialah Nenek.Saya juga akan mengongsikan tentang permasalahan dan pendapat. Harap anda terhibur.. :) :) :)

Cerita ini mengisahkan tentang seorang warga emas yang tinggal dengan sebuah keluarga . Keluarga yang mempunyai seorang ibu dan dua orang adik beradik, Salbiah dan Sariah . Mereke bukanlah dari keluarga yang kaya. Nenek hanya seorang warga emas yang menumpang di keluarga tersebut. Nenek dibayar upah oleh tuan rumah tersebut kerana menolong menjaga makan minum keluraganya dan buat kerja rumah sama seperti orang gaji. Walaupun nenek tidak ada apa-apa kaitan dengan keluarga tersebut, keluarga itu tetap melayan nenek seperti salah satu ahli anggota keluarga mereka..Mereka memberi nenek penuh kasih sayang. Kedua-dua adik beradik tersebut sangat menyayangi nenek . Mereka menganggap nenek seperti nenek mereka sendiri. Pada mereka nenek merupakan segalanya. Neneklah tempat mereka bermanja dan mencurah masalah. Ibu (tuan rumah) tersebut juga melayan nenek sama seperti anak melayan emak.
Nenek seorang yang tidak pemalas. Dia sangat rajin. Dia pantang nampak sesuatu yang berselerak. Apabila dia nampak sesuatu yang berselerak, dia akan mengemasnya secepat mungkin. Walaupun nenek sudah tua , dia tetap buat kerjanya bersungguh-sungguh.
Pada suatu pagi, nenek keseorangan di rumah. Ketiga-tiga ahli keluarga tersebut semua keluar bekerja. Nenek hendak memberi air kepada tanam-tanaman kerana kesemuanya telah kering. Dia membuka air paip dan tidak menyedari bahawa dia membuka paip air terlalu kuat. Dia bergegas untuk mengecilkan air tersebut dan tidak meyedari bahawa simen dipijaknya basah ,berlumut dan licin.. Nenek tergelincir.  Ibu sangat marah. Sejak kejadian itu , nenek terlantar selama tiga bulan. Kedua adik beradik bergilir menjaga nenek. Nenek mula sedar bahawa dia menyusahkan semua orang. Akhirnya nenek membuat keputusan untuk pergi. Tiba-tiba mereka mendapat panggilan bahawa nenek menimpa kemalangan.

Permasalahan: Permasalahan timbul apabila nenek tergelincir. Dia tidak mampu membuat apa-apa. Sebab itu dia ambil keputusan untuk keluar dari rumah.

Pendapat: Pada pendapat saya cerita ini sangat saya gemari. Ia kerana menunjukkan berapa "sensitive" hati seorang warga emas(nenek) .

Itu sahajalah saya ada untuk anda semua. Assalammualaikum.. :) :) :)

No comments:

Post a Comment