Monday, 29 August 2011

Malam Raya....

Assalammualaikum semua..

Pertama saya mahu mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..
Harap anda semua dapat maafkan segala dosa-dosa saya yang saya telah buat.. Seperti silap kata apabila saya bertulis di blog ini..

Sudah tamat ia kami berpuasa..Masa berlalu dengan cepat ia... Pejam-kelip sudah pun sebulan kami berpuasa..

Hari ini, memang sungguh penat tapi memuaskan... Rumah saya sudah pun bersinar-sinar.... Saya telah menghiasi rumah saya dengan pelbagai benda ... Sudah tentu keluarga saya akan sentiasa tolong untuk menghias rumah kami...

Kami sekeluarga sangat penat .... Ibu saya sibuk memasak.. Bapa saya pula sibuk menghantar lauk pauk... Abang saya pula sibuk memasang langsir... Saya pula sibuk menghiasi rumah... Itu lah keistimewaan keluarga saya pada hari terakhir bulan ramadhan... Kami sekeluarga bergotong royong untuk menghabiskan benda-benda yang diharus buat... Tanpa salah satu ahli keluarga saya, saya rasa kami tidak akan menghabiskan kerja-kerja kami... Inilah kebaikkan keluarga saya .... Walaupun kadang kala saya adik beradik asyik selalu dimarahi oleh ibu bapa kerana buat silap apabila menghiasi rumah, kami sentiasa bersabar walaupun pahit .... Saya tahu mereka buat semua itu kerana mereka sayang pada kami semua dan mereka mahu yang terbaik....

Pada malam raya , apabila saya mendengar takbir raya, saya menangis... Saya tidak sangka saya telah dapat menghadapi cabaran dan dugaan yang diberi oleh tuhan... 

Sudah tentu ia , pada malam raya memang kami sibuk memberi juadah istimewa kepada jiran tetangga dan saudara mara ... Di atas meja makan sudah tentu ada pelbagai masakan-masakan yang sangat lazat seperti ketupat dan rendang....

Rumah saya pun sudah siap.. Lampu kelap-kelip relah menyinari rumah ku...  Siaran di television sangat terhibur.... Itulah yang saya suka apabila malam raya kerana ada saluran yang istimewa seperti concert hari raya yang selalu ada apabila tiba malam raya pada setiap tahun..


Itu sahaja lah saya ada untuk anda semua...
Harap anda semua terhibur pada post saya ini..

Kawan saya suka bermakan,
Nama nya pula Siti Maya,
Saya mahu mengucapkan ,
Selamat Hari Raya.....

Harap anda semua maafkan segala dosa-dosa saya...
Insyaallah anda semua akan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T....

Amin....

1 comment:

  1. Saya pasti awak sungguh gembira apabila dapat menghias rumah awak dengan cara bergotong-royong! Saya juga begitu. Semasa bulan puasa, saya sibuk membantu ibu saya membuat kuih muih! Sekarang, sudah tiba kami menjamu selera. :D

    ReplyDelete