Assalammualikum semua..
Pertama sekali, saya mahu mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di luar sana. Saya harap kamu di luar sana sihat walafiat pada bulan yang mulia ini. Hari ini saya akan mengongsikan tentang cara kehidupan saya dengan keluarga saya pada bulan ramadhan ini.
Seperti biasa, bulan ramadhan ini adalah bulan yang selalunya umat islam berkumpul di rumah saudara mara untuk berbuka puasa. Ini lah salah satu aktiviti yang keluarga saya selalu buat apabila tiba pada bulan ramadhan. Kami sekeluarga akan berkumpul di salah satu rumah saudara saya , dan kami akan berbuka puasa bersama-sama. Selalunya di atas meja makan , akan selalu dipenuhi dengan makanan-makanan yang enak-enak belaka. Memang tidak sah kalau tidak ada makanan di atas meja makan . Salah satu makanan yang kami akan selalu ada adalah bubur masjid. Setiap orang di dalam keluarga saya akan mengambil bubur masjid di masjid yang berdekatan.
Selepas berbuka puasa , kami sekeluarga akan bersolat maghrib berjemaah. Selepas itu pula kami akan pergi ke masjid atau pun solat terawih di rumah.
Selalunya pada bulan ramadhan , saya akan meluang kan masa dengan memasuki kelas-kelas di masjid. Saya akan mempelajari tentang bulan ramadhan dan Al-Quran.
Inilah routin saya apabila tiba nya bulan ramadhan ini.
Saya harap anda akan terus menyaksikan "post-post" saya yang akan datang.
Sekian assalammualaikum dan terima kasih.
Selamat Berpuasa semua...
Salam sayang,
ReplyDeleteSaya setuju dengan post awak.Memang betul bulan Ramadhan lah yang kami selalu akan berkumpul bersama keluarga untuk beriftar. Saya setuju dengan ayat awak yang kalau tidak ada makan di atas meja itu tidak sah.Itu sudah tentu harus ada kerana semua orang sudah bersiap sedia untuk ambil makan. Hehe=) Saya suka isi pada post awak ia sangat menarik.
Wassalam,
Iffa
Assalammualaikum iffa.... Terima kasih kerana awak sudi membaca post saya ini...
ReplyDelete