Sunday 24 July 2011

Lagu yang telah mengubah segala kehidupan ku

Assalammualaikum semua..


Hari ini saya akan berkongsi sebuah lagu yang telah mengubah saya untuk menjadi seorang murid , seorang rakan , seorang cucu , seorang adik , seorang kakak ,seorang anak dan seorang muslim yang lebih baik dan beriman. Lagu ini telah membuka pintu hati saya untuk sentiasa mengingati Tuhan kerana Dia lah segalanya. Dia yang memberi kami kekuatan , memberi kami apa yang kami mahu. Dia lah yang menentukan kebahagiaan kami. Hanya Dia yang kami bersujud. Dia akan sentiasa terima sesiapa pun kami. Walaupun kami ini cacat, tidak sempurna , hodoh , cantik , dia tetap akan menerima kami. Dia akan sentiasa memberi kebaikkan untuk kami. Dia lah tempat kami meminta. Dia lah tuhan yang kami bersujud.


 Pintu taubat sentiasa TERBUKA kepada semua muslimin dan muslimah di seluruh dunia..


Tajuk lagu ini ialah PADAMUKU BERSUJUD.
Penyanyi lagu ini ialah Afgan.

Harap anda suka dengan lagu ini...
http://www.youtube.com/watch?v=WDqT2mvvZA4&feature=related

Sekian terima kasih...

No comments:

Post a Comment