Monday 19 March 2012

Hati Perempuan

Assalammualaikum semua.. :) :) Kembali lagi dengan saya.. Kali ini saya akan mengongsikan sebuah lagi cerpen yang lain. Tajuknya ialah Hati perempuan yang ditulis di buku Hati Perempuan. Harap anda terhibur. :):):)

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Mazni. Dia seorang ibu yang sangat kuat dalam emosinya. Dia dapat mengawal emosinya dengan tenang. Dia ada sifat yang sangat baik iaitu sifat bersabar. Kamal , suami Mazni , adalah seorang suami yang tidak bertanggungjawab atas keluarganya . Dia lupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan sebagai seorang bapa. Dia seharusnya menjadi tulang belakang keluarganya tetapi dia telah buktikan bahawa dia tidak layak menjadi seorang suami dan seorang bapa yang sempurna dan yang baik. Kamal ingin berkahwin lagi. Dia telah mengambil keputusan untuk berkahwin sekali kagi.Sebenarnya Mazni tidak setuju kerana dia takut dan malu dengan anak-anaknya kerana takut mereka akan mengikut jejak langkah buruk ayahnya. Kamal telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anaknya yang sedang remaja dan meningkat dewasa. Budak remaja ini mudah terpengaruh .Mazni tidak suka anak-anaknya mengikut seperti ayahnya. Dia mahu anaknya menjadi seorang yang berjaya dan seorang muslim yang soleh. Tetapi lambat laun juga , Mazni harus memberi keputusan kepada Kamal. Mazni telah mengambil keputusan untuk bersetuju dengan cadangan Kamal untuk berkahwin lagi satu. Mazni rela menjaga anaknya bersendirian dan bermadu daripada melihat suaminya hanyut dalam kemurkaan Allah.Mazni berdoa bahawa Kamal akan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab sesudah menjadi suami kepada dua orang. Tiba-tiba Mazni terganggu dengan sebuah panggilan . Panggilan itu ialah untuk memberitahu bahawa Kamal telah menimpa kemalangan. Inilah merupakan sebahagian daripada pertolongan Allah agar Kamal cepatlah bertaubat.

Permasalahan : Ia bermula apabila Kamal ingin berkahwin sekali lagi. Mazni tidak setuju kerana anaknya-anaknya boleh terpengaruh dengan perangai ayahnya.

Penyeselaian : Masalah ini diselesaikan dengan Mazni terpaksa la berundur dan setuju dengan cadangan suaminya, Kamal, untuk berkahwin lagi satu. Kemalangan yang ditimpa oleh Kamal adalah untuk memberitahu Kamal supaya banyaklah bertaubat.

Pendapat: Pada pendapat saya cerpen ini sangat baik. Ia memberitahu berapa sakitnya dan pedihnya seorang wanita mengalami masalah seperti ini . Ia juga memberitahu berapa kuatnya emosi seorang wanita itu. Pada pendapat saya juga para lelaki (terutama lelaki yang sudah digelar suami) juga haruslah sedar bahawa meraka adalah tulang belakang keluarganya..

Itu sahajalah saya ada untuk anda semua.. Jumpa lagi !!! :):):)

No comments:

Post a Comment