Wednesday 24 August 2011

Kuih kegemaran saya

Assalammualikum semua..
Kembali lagi di blog saya...

Hari ini saya akan mengongsikan tentang kuih muih yang selalu saya buat pada bulan yang mulia ini iaitu bulan ramadhan.

Awak semua tahu tak apa kuih yang saya amat gemari???

Selalunya bentuk kuih itu seperti bunga . Selalunya orang tidak suka makan intinya yang terletak di bahagian tengah kuih itu atau di dalam kuih itu..

Awak semua tahu tak apa kuih itu??

Jawapannya ialah kuah tart..

Inilah gambar kuih tart..

      
See full size image






Ini lah salah satu kuih muih yang saya dan keluarga saya wajib buat apabila bulan ramadhan ... Kalau tidak ada kuih ini, rasanya seperti tidak ada raya... Kuih ini memang amat popular dalam golongan orang melayu.

Saya juga akan mengongsikan cara-cara untuk membuat kuih tart.

Kuih Tart

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung


Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5.pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
9. Sapukan dengan kuning telurt
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
 
Saya juga akan meletakkan sebuah video tentang cara membuat kuih tart..
Sampai sinilah... Harap awak semua terhibur.... SEkian terima kasih....


Inilah video-video cara untuk membuat kuih tart..

Cara membuat Kuih tart (1)
Cara membuat kuih tart (2)

1 comment:

  1. Assalammualaikum,
    Awak suka kuih tart?? Kalau macam gitu, kita ni sama lah.. saya gemar kuih tart.Memang tidak sah kalau tidak ada kuih tart di rumah. Saya bukan sahaja buat kuih tart saya juga menjualnya dengan orang yang mengambil tempahan. Satu hari nanti awak cubalah kuih tart saya, mana tahu awak pula hendak ambil tempahan:):)

    Wassalam,
    Iffa

    ReplyDelete